Hikmat Pada Pemberian Dan Penolakan



undefined
ADAKALANYA KAMU MENERIMA PEMBERIAN YANG PADA HAKIKATNYA ADALAH PENOLAKAN DAN ADA KALANYA KAMU DITOLAK TETAPI PADA HAKIKATNYA KAMU DIBERI.
JIKA DIBUKA KEPADA KAMU PINTU KEFAHAMAN TENTANG PENOLAKAN NESCAYA BERUBAH PENOLAKAN MENJADI PEMBERIAN. Sesuatu yang kuat menghalang perjalanan kerohanian seseorang murid adalah kehendak diri sendiri. Dia berkehendakkan sesuatu yang menurut hematnya akan membawa kebaikan kepada dirinya. Kehendak atau hajat keperluannya itu mungkin menyentuh tentang dunia, akhirat atau hubungan dengan Allah s.w.t. Jika hajatnya tercapai dia merasakan yang dia menerima kurniaan Allah s.w.t. Jika hajatnya tidak diperkenankan dia akan merasakan dia menerima penolakan Allah s.w.t dan dijauhkan. Orang yang berada pada peringkat ini selalu mengaitkan makbul permintaan atau doa dengan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. Jika Allah s.w.t mengabulkan permintaannya dia merasakan itu adalah tanda dia hampir dengan-Nya. Jika permintaannya ditolak dia merasakan itu tandanya dia dijauhkan. Anggapan begini sebenarnya tidak tepat. Tidak semua penerimaan doa menunjukkan pendekatan dan tidak semua penolakan menunjukkan dijauhkan. Bagi orang yang masih dalam perjalanan dia tidak seharusnya membesarkan hajat keperluannya. Dia perlu menghancurkan nafsu dan keinginan dirinya supaya dia dapat masuk ke dalam suasana berserah diri kepada Allah s.w.t. Kehendak dan hajat menghalangnya dari berserah diri kepada Allah s.w.t. Pemberian yang sesuai dengan hajat dan permintaannya menambahkan kekuatan halangan tersebut. Keadaan ini menambahkan lagi hijab antaranya dengan Allah s.w.t. Dalam segi ini, pemberian yang diterimanya walaupun mempunyai manfaat tetapi sebenarnya merupakan kerugian kerana tertutup jalan menuju Allah s.w.t. Jadi, pemberian itu merupakan penolakan yang tidak disedarinya.
 Orang yang hajatnya ditolak akan mengalami keadaan yang berbeza daripada orang yang hajatnya dimakbulkan. Orang yang mempunyai keinginan terhadap sesuatu mempunyai hubungan hati dengan apa yang diingini itu. Hatinya cenderung atau kasih kepadanya. Jika keinginannya sangat kuat dan tidak dapat dikawalnya, dia akan sanggup berkorban apa sahaja untuk mendapatkan apa yang diingininya itu. Jika dia bermohon kepada Tuhan maka dia akan meminta dengan bersungguh-sungguh. Harapannya bulat tertuju kepada Allah s.w.t. Sekiranya dia mampu tentu dipaksanya Allah s.w.t agar memberi apa yang dia hajati itu. Apa akan terjadi sekiranya Allah s.w.t menolak permintaannya dan membiarkan harapannya itu musnah? Dia akan menghadapi perpisahan dengan apa yang dia ingini itu. Pada mulanya dia akan merasakan beban yang sangat berat menghimpit jiwanya, tetapi kemudiannya dia mendapat tenaga untuk bertahan. Dia dapat bersabar menghadapi penolakan tersebut. Akhirnya dia berputus asa terhadap apa yang pernah diingininya. Dia menjadi reda dengan penolakan yang diterimanya. Bila dia reda dengan lakuan Allah s.w.t, dia akan dibawa kepada keredaan Allah s.w.t. Semua orang mahukan keredaan Allah s.w.t, tetapi sedikit sekali yang reda dengan Allah s.w.t. Bagaimana kita boleh memperolehi keredaan-Nya jika kita tidak reda dengan lakuan-Nya? Hamba yang menerima penolakan Allah s.w.t, kemudian dibawa kepada reda dengan lakuan-Nya, dibayar dengan keredaan-Nya. Bukankah ini jauh lebih baik dari apa yang dia inginkan dahulu? Jadi, penolakan yang pada mulanya dirasakan pahit sebenarnya merupakan kurniaan yang sangat besar.
 Seseorang yang telah mencapai darjat yang tinggi dalam bidang kerohanian akan selalu ditolak permintaannya, sehingga dia benar-benar memperolehi keteguhan. Penolakan itu adalah sebagai mendidik rohaninya agar terus tegak dalam ubudiyah yang kuat, tidak menjadi terlalu yakin dengan diri sendiri yang boleh menyebabkan kurang pergantungan kepada Allah s.w.t. Penolakan membuatnya mengerti betapa lemahnya dirinya dan betapa dia berhajat kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t memperkenalkan bahawa Dia yang terkaya dari sekalian makhluk dan sekalian makhluk tidak lepas dari bergantung kepada-Nya.
Hamba yang dibuka pintu pemahaman tentang penolakan tidak berasa cemas atau curiga menghadapi penolakan tersebut. Sebaliknya dia akan terus berserah diri kepada Allah s.w.t dan membuang tuntutan memilih. Dia tahu bahawa keinginan yang datang ke dalam hatinya adalah ujian Allah s.w.t. Jika Allah s.w.t tidak memenuhi hajatnya, dia tahu Allah s.w.t menambahkan beban ujian tersebut. Allah s.w.t yang mendatangkan ujian maka Dia jua yang mendatangkan kesabaran kepada hamba-Nya untuk menanggung beban ujian tersebut. Allah s.w.t yang menolak permintaan hamba-Nya Dia juga yang menjadikan si hamba itu reda dengan penolakan tersebut. Penolakan mendatangkan dua nikmat kepada seseorang hamba iaitu nikmat sabar dan reda. Kedua-dua nikmat ini jauh lebih berharga dan berguna dari apa yang diingini oleh hatinya. Sabar dan reda menjadi pintu kepada berbagai-bagai nikmat yang lain yang besar-besar, sehingga si hamba tidak terkilan langsung lantaran menerima penolakan pada mulanya.

Tujuan Orang Arifbillah





 

undefined
MAKSUD DAN TUJUAN ORANG ARIFBILLAH ADALAH BENAR DALAM UBUDIYAH (KEHAMBAAN) DAN MELAKSANAKAN HAK-HAK RUBUBIAH (KETUHANAN). Insan adalah ciptaan Allah s.w.t yang paling istimewa kerana padanya digabungkan aspek zahir dengan aspek batin. Aspek zahirnya menyerupai alam semesta dan aspek batinnya berkaitan dengan hal-hal ketuhanan. Hal-hal ketuhanan yang menyinari batin manusia itulah yang menyebabkan sekalian malaikat diperintahkan sujud kepada Adam a.s, bapa kepada sekalian insan.

 (Ingatkanlah peristiwa) tatkala Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia – Adam - dari tanah; Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan)-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya”. ( Ayat 71 & 72 : Surah Saad )  Hati nurani atau rohani manusia ada perkaitan dengan roh urusan Allah s.w.t. Ini yang menjadikan manusia sebagai makhluk yang paling mulia, sehingga malaikat diperintahkan sujud kepada manusia. Roh urusan Allah s.w.t menjadi nur yang memberi petunjuk kepada manusia. Hati nurani yang diterangi oleh nur ini akan terpimpin kepada jalan Allah s.w.t. Roh urusan Allah s.w.t itulah yang memungkinkan segala urusan sampai kepada Allah s.w.t, termasuklah ibadat, amalan, doa, rayuan dan apa sahaja yang manusia lakukan. Orang arifbillah menyedari dan menghayati hakikat ini. Kesedaran terhadap roh urusan Allah s.w.t itu membuat mereka menjadikan benar dalam ubudiyah (kehambaan) sebagai tujuan hidup mereka dan pada masa yang sama juga mereka menunaikan hak ketuhanan. Kehambaan dinyatakan melalui syariat:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat-Ku. ( Ayat 56 : Surah adz-Dzaariyaat )  Hak ketuhanan Allah s.w.t pula dinyatakan melalui pandangan hakikat:

“Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus”. ( Ayat 56 : Surah Hud )
Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir). ( Ayat 17 : Surah al-Anfaal ) Jalan syariat memperbaiki amal dan jalan hakikat pula menyaksikan Rububiyah, tidak luput dari Hadrat Allah s.w.t dalam segala perkara dan pada setiap masa. Bila dua jalan tersebut berpadu sebagai satu jalan, lahirlah amal zahir dan amal batin yang tidak bercerai tanggal. Orang arifbillah bersungguh-sungguh mengerjakan tuntutan syariat dan pada masa yang sama beriman serta bertawakal sambil menyaksikan hakikat ketuhanan (Rububiyah) menguasai segala sesuatu.
 Tidak ada yang hidup, yang berkuasa, yang berkehendak, yang mengetahui, yang mendengar, yang melihat dan yang berkata-kata melainkan semuanya di bawah urusan Rububiyah. Apa sahaja yang berada di dalam genggaman  atau diheret oleh Rububiyah itu dinamakan ubudiyah. Rububiyah adalah kewujudan yang memerintah dan ubudiyah pula kewujudan yang diperintah.
 Hati yang suci bersih, apabila disinari oleh Nur Ilahi, berpeluang mengembara secara kerohanian dari ubudiyah kepada Rububiyah untuk memperolehi makrifat-Nya. Pengembaraan kerohanian bermula dari alam kebendaan (nasut), naik ke alam lakuan (malakut) dan seterusnya ke alam sifat (Jabarut). Kemudian dia melalui asma’ (nama-nama Allah s.w.t) dan hakikat segala sesuatu. Seterusnya dia mencapai fanafillah (hilang lenyap kesedaran diri di bawah penguasaan Allah s.w.t). Setelah melepasi daerah fana dia masuk kepada daerah baqabillah (kesedaran kekal bersama-sama Allah s.w.t). Kemudian dia turun kepada kesedaran sifat (Jabarut). Di dalam daerah ini dia mengenali hakikat dirinya dan Hakikat Insan (manusia), iaitu suasana Rububiyah yang menguasai sekalian manusia dan juga dirinya. Bila dia turun lagi, dia kembali kepada alam insan semula, memikul amanah sebagai khalifah Allah yang bertanggungjawab menjalankan perintah Allah s.w.t di atas muka bumi ini. Salik yang telah menyempurnakan pengembaraannya dan mendapat amanah kekhalifahan itulah yang dinamakan arifbillah. Martabat ini dicapai dengan menghapuskan segala kepentingan diri sendiri ke dalam kefanaan Allah s.w.t, sehingga mencapai makam baqa.
 Orang arifbillah mengalami dan mengenali suasana ubudiyah dan Rububiyah. Dia telah berjaya menyatukan syariat dan hakikat. Taat kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya dengan mematuhi perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya dan berjalan sesuai dengan Sunah Rasulullah s.a.w, adalah tujuan dan maksud orang arifbillah. Mereka kuat melakukan amal ibadat tetapi tidak melihat kepada amal itu. Segala sesuatu dikembalikan kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t yang memberi petunjuk dan Dia juga yang memberi kekuatan untuk melakukan ketaatan kepada-Nya. Tidak ada yang berlaku melainkan di bawah takluk Kudrat dan Iradat Allah s.w.t jua.
 Kearifan tidak berpisah dengan ubudiyah. Rasulullah s.a.w merupakan manusia yang paling arif dan baginda s.a.w jugalah yang menjadi manusia yang paling kuat berbuat ubudiyah di antara sekalian makhluk.

MEMANDANG ALLAH


Cinta kepada Allah ini adalah perkara yang paling tinggi sekali dan itulah tujuan kita yang terakhir.  Kita telah bercakap berkenaan bahaya kerohanian yang akan menghalang cinta kepada Allah dalam hati manusia,  dan kita telah bercakap berkenaan berbagai sifat-sifat yang baik sebagai keperluan asas menuju Cinta Allah itu.
Kesempurnaan manusia itu terletak dalam Cinta kepada Allah ini.  Cinta kepada Allah ini hendaklah menakluki dan menguasai hati manusia itu seluruhnya.  Kalau pun tidak dapat seluruhnya,  maka sekurang-kurangnya hati itu hendaklah cinta kepada Allah melebihi cinta kepada yang lain.
Sebenarnya mengetahui Cinta Ilahi ini bukanlah satu perkara yang senang sehingga ada satu golongan orang bijak pandai ugama yang langsung menafikan cinta kepada Allah atau Cinta Ilahi itu.  Mereka tidak percaya manusia boleh Mencintai Allah Subhanahuwa Taala kerana Allah itu bukanlah sejenis dengan manusia.  Kata mereka;    maksud Cinta Ilahi itu adalah semata-mata tunduk dan patuh kepada Allah sahaja.
Sebenarnya mereka yang berpendapat demikian itu adalah orang yang tidak tahu apakah hakikatnya ugama itu.
Semua orang Islam bersetuju bahawa cinta kepada Allah (cinta Allah) itu adalah satu tugas.  Allah ada berfirman berkenaan dengan orang-orang mukmin;
"Allah Cinta kepada mereka dan mereka Cinta kepada Allah".
Nabi pernah bersabda;
"Belum sempurna imam seseorang itu hingga ia Mencintai Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain".
Apabila malaikat maut datang hendak mengambil nyawa Nabi Ibrahim,  Nabi Ibrahim berkata,  "Pernahkah engkau melihat sahabat mengambil nyawa sahabat?" Allah berfirman,  "Pernahkah engkau melihat sahabat tidak mahu melihat sahabatnya?"  Kemudian Nabi Ibrahim berkata,  "Wahai Izrail!  Ambillah nyawaku!"
Doa ini diajar oleh Nabi kepada sahabatnya;
"Ya Allah,   kurniakanlah kepada ku Cinta terhadap Mu dan Cinta kepada mereka yang Mencintai mu,   dan apa saja yang membawa aku hampir kepada CintaMu,  dan jadikanlah CintaMu itu lebih berharga kepadaku dari air sejuk kepada orang yang dahaga."
Hasan Basri ada berkata;
"Orang yang kenal Allah akan Mencintai Allah,  dan orang yang mengenal dunia akan benci kepada dunia itu".
Sekarang marilah kita bincangkan pula berkenaan keadaan cinta itu.  Bolehlah ditaarifkan bahawa cinta itu adalah kecenderungan kepada sesuatu yang seronok atau nyaman.   Ini nyata sekali pada dari yang lima (pancaindera) iaitu tiap-tiap satunya mencintai apa yang memberi keseronakkan atau kepuasan kepadanya.  Mata cinta kepada bentuk-bentuk yang indah.  Telinga cinta kepada bunyi-bunyinya yang merdu,  dan sebagainya.  Inilah jenis cinta yang kita ada dan binatang pun ada.
Tetapi ada dari yang keenam atau keupayaan pandangan yang terletak dalam hati,   dan ini tidak ada pada binatang.  Dengan melalui inilah kita mengenal keindahan dan keagungan keruhanian.  Oleh itu,  mereka yang terpengaruh dengan kehendak-kehendak jasmaniah dan kedunian saja tidak dapat mengerti apa yang dimaksudkan oleh Nabi apabila baginda berkata bahawa baginda cinta kepada sembahyang melebihi dari cintanya kepada perempuan dan bau harum wangi,  meskipun perempuan dan wangi-wanginya itu disukai juga oleh baginda.  Tetapi siapa yang mata batinnya terbuka untuk   melihat keindahan dan kesempurnaan Ilahi akan memandang rendah kepada semua perkara-perkara yang zhohir walau bagaimanapun cantiknya sekalipun.
Orang yang memandang zhohir saja akan berkata bahawa kecantikan itu terletak pada warna kulit yang putih dan merah,  kaki dan tangan yang eloknya dan lawa bentuknya dan sebagainya lagi,  tetapi orang ini buta kepada kecantikan akhlak,  seperi apa yang dikatakan orang bahawa seseorang itu mempunyai sifat-sifat akhlak yang "indah".  Tetapi bagi mereka yang mempunyai pandangan batin dapat mencintai orang-orang besar yang telah kembali kealam baka,  seperti Khalifah Umar dan Abu Bakar misalnya,  kerana kedua-dua orang besar ini mempunyai sifat-sifat yang agong dan mulia,  meskipun badan mereka telah hancur menjadi tanah.  Cinta seperti ini bukan memandang kepada sifat-sifat zhohir sahaja,  tetapi memandang kepada sifat-sifat batin.  Bahkan apabila kita hendak menimbulkan cinta dalam hati kanak-kanak terhadap seseorang,  maka kita tidak memperihalkan keindahan bentuk zhohirnya,  dan lain-lain,  tetapi kita perihalkan keindahan-keindahan batinnya.
Apabila kita gunakan perinsip ini terhadap cinta kepada Allah,  maka kita akan dapati bahawa Dia sajalah sepatutnya kita Cinta.  Mereka yang tidak Mencintai Allah itu ialah kerana mereka tidak Mengenal Allah itu.  Apa sahaja yang kita cinta kepada seseorang itu,  kita cintai kerana itu adalah bayangan Allah.  Kerana inilah kita cinta kepada Muhammad (S.W.T.) kerana baginda adalah Rasul dan kekasih Allah;   dan cinta kepada orang-orang alim dan orang-orang warak itu adalah sebenarnya cinta kepada Allah.
Kita akan lihat ini lebih jelas jika kita perhatikan apakah sebab-sebabnya yang menyemarakkan cinta.
Sebab pertama ialah, bahawa seseorang itu cinta kepada dirinya sendiri dan menyempurnakan keadaannya sendiri.   Ini membawanya secara langsung menuju Cinta kepada Allah,  kerana wujudnya dan sifatnya manusia itu adalah semata-mata Kurniaan Allah sahaja.  Jika tidaklah kerana kehendak Allah Subhanahuwa Taala dan KemurahanNya,   manusia tidak akan zhohir ke alam nyata itu.  Kejadian manusia itu dan pencapaian menuju kesempurnaan adalah juga dengan kurnian Allah semata-mata.  Sungguh anih jika seseorang itu berlindung ke bawah pokok dari sinaran matahari tetapi tidak berterima kasih kepada pokok itu. Begitu jugalah jika tidaklah kerana Allah,  manusia tidak akan wujud dan tidak akan ada mempunyai sifat-sifat langsung.   Oleh itu,  kenapa manusia itu tidak Cinta kepada Allah?  Jika tidak cinta kepada Allah bererti ia tidak mengenalNya.  Tanpa mengenalNya orang tidak akan Cinta kepadaNya,  kerana Cinta itu timbul dari pengenalan .  Orang yang bodoh saja yang tidak mengenal.
Sebab yang kedua ialah,   bahawa manusia itu cinta kepada orang yang menolong dan memberi kurniaan kepada dirinya.  Pada hakikatnya yang memberi pertolongan dan kurniaan itu hanya Allah sahaja.  Sebenarnya apa sahaja pertolongan dan kurnian dari makhluk atau hamba itu adalah dorongan dari Allah Subhanahuwaa Taala jua.  Apa sahaja niat hati untuk membuat kebaikan kepada orang lain,  sama ada keinginan untuk maju dalam bidang ugama atau untuk mendapatkan nama yang baik;   maka Allah itulah pendorong yang menimbulkan niat,  keinginan dan usaha untuk mencapai apa yang dicinta itu.
Sebab yang ketiga ialah cinta ang ditimbulkan dengan cara renungan atau tafakur tentang Sifat-sifat Allah,   Kuasa dan KebijaksanaanNya.  Dan bermula Kekuasaan dan kebijaksanaan manusia itu adalah bayangan yang amat kecil dari Kekuasaan dan Kebijaksanaan Allah Subhanahuwa Taala jua.  Cinta ini adalah seperti cinta yang kita rasai terhadap orang-orang besar di zaman lampau,  umpama Imam Malik dan Imam Syafie meskipun kita tidak akan menjangka menerima sebarang faedah peribadi dari mereka itu,  dan dengan itu adalah jenis yang tidak mencari untung.  Allah berfirman kepada Nabi Daud,
"Hamba yang paling aku Cintai ialah mereka yang mencari Aku bukan kerana takut hukumKu atau hendakkan KurniaanKu,  tetapi adalah semata-mata kerana Aku ini Tuhan."
Dalam kitab Zabur ada tertulis,
"Siapakah yang lebih melanggar batas daripada orang yang menyembahKu kerana takutkan Neraka atau berkehendakkan Syurga?   Jika tidak aku jadikan Surga dan Neraka itu tidakkah Aku ini patut disembah?"
Sebab yang keempat berkenaan cinta ini ialah kerana perkaitan rapat antara manusia dan Tuhan,  yang maksudkan oleh Nabi dalam sabdanyal;
"Sesungguhnya Allah jadikan manusia menurut bayanganNya"
Selanjutnya Allah berfirman;
"HambaKu mencari kehampiran denganKu,  supaya Aku jadikan dia kawanKu,  dan bila Aku jadikan ia kawanku,  jadilah Aku telinganya,  matanya dan lidahnya".
Allah berfirman juga kepada Nabi Musa;
"Aku sakit,   engkau tidak mengungjungiKu."  Nabi Musa menjawab,  "Aahai Tuhan,  Engkau itu Tuhan langit dan bumi,  bagaimana engkau boleh sakit?"   Allah menjawab,  "Seorang hambaKu sakit,  kalau engkau mengunjungi dia,  maka engkau mengunjungi Aku."
Ini adalah satu perkara yang agak bahaya hendak dikaji berlarutan kerana ia tidak terjangkau oleh pengetahuan orang awam,  bahkan yang bijak pandai pun mungkin tumbang dalam perjalanan perkara ini,  lalu menganggap ada percantuman atau penjelmaan Tuhan dalam manusia.  Tambahan pula perkara kehampiran hamba dengan Tuhan ini dibangkang oleh Alim Ulama' yang tersebut diatas dulu kerana mereka berpendapat bahawa manusia itu tidak dapat mencintai Allah oleh sebab Allah bukan sejenis manusia.  Walau pun berapa jauh jaraknya antara mereka,  namun manusia boleh mencintai Allah kerana kehampiran itu ada ditunjukkan oleh sabda Nabi
"Allah jadikan manusia menurut rupanya."


Dan kataku pula(suluk),  untuk mendapat dan menjejaki maksud sabda Nabi yang penuh dan melimpah dengan lautan hikmah zhohir dan batin ini,  perlulah diambil pengajaran dari kalangan ulama yang muqarrabin yang arifbiLlah dari kalangan Aulia Allah yang apabila bercakap,  hanya akan mengungkapkan sesuatu yang didatangi dari Alam Tinggi;   bukan beralaskan sesuatu kepentingan atau pengaruh hawa nafsunya.  Ilmu mereka adalah pencampakkan Ilham dari Allah Taala yang didapati terus dari Allah sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Imam Ghazali dalam karyanya Al-Risalutul lil Duniyyah sebagaimana berikut;
Ilham adalah kesan Wahyu. Wahyu adalah penerangan Urusan Ghoibi manakala Ilham ialah pemaparannya. Ilmu yang didapati menerusi Ilham dinamakan Ilmu Laduni.
Ilmu Laduni ialah ilmu yang tidak ada perantaraan dalam mendapatkannya di antara jiwa dan Allah Taala. Ia adalah seperti cahaya yang datang dari lampu Qhaib jatuh ke atas Qalbu yang bersih, kosong lagi halus(Lathif).

MEMANDANG ALLAH
Semua orang Islam percaya bahwa memandang Allah itu adalah puncak segala kebahagiaan karena ada tercatat dalam hukum.  Tetapi bagi kebanyakan orang,   ini adalah berbicara di mulut saja yang tidak menimbulkan rasa dalam hati.   Sebenarnyalah begitu karena bagaimana orang dapat menyintai sesuatu jika ia tidak tahu dan tidak kenal?  Kita akan coba menunjukkan secara ringkas bagaimana memandang Allah itu puncak segala kebahagiaan yang bisa dicapai oleh manusia.
Pertama,  tiap-tiap bakat atau anggota manusia itu ada tugas-tugasnya masing-masing dan ia merasa tertarik dan suka menjalankan tugas itu.  Ini serupa saja sejak dari kehendak badan yang paling rendah hinggalah kepada pengetahuan akal yang paling tinggi.  Usaha mental(otak) yang paling rendah pun mendatangkan ketertarikkan yang lebih dari hanya memuaskan kehendak badan saja.  Kadang-kadang seseorang yang khusuk bermain catur tidak mau makan meskipun ia berkali-kali dipanggil untuk makan.
Makin tinggi perkara pengetahuan kita itu,  maka makin bertambah menarik dan sukalah kita mengusahakan perkara itu.  Misalnya kita lebih berminat untuk mengetahui rahsia Sultan dan rahsia menteri.  Dengan demikian,  oleh karena Allah itu adalah objek atau perkara pengetahuan yang paling tinggi,  maka mengenal atau mengetahui Allah itu mestilah memberi kebahagiaan dan kelazatan lebih daripada yang lain-lain.  Orang yang mengetahui dan mengenal Allah walaupun dalam dunia ini.   seolah-olah di dalam syurga,  "luasnya seperti luas langit" (Al-Qur'an) buah-buahan bebas untuk dipetik,  dalam lebarnya tidak disempitkan oleh penghuninya yang ramai itu.
Tetapi kenikmatan ilmu atau pengetahuan masih tidak menyamai atau menyerupai kenikmatan pandangan sebagaimana ketertarikan kita dalam memikirkan mereka yang bercinta adalah lebih rendah daripada ketertarikan yang diberi oleh memandangnya dengan benar.   Terpenjaranya kita dalam badan kita dari tanah dan air dan terbelenggu kita dalam perkara-perkara indera(pancaindera) menjadikan hijab yang melindungi kita daripada memandang Allah, meskipun tidak menghalang pencapaian kita kepada mengetahui dan mengenalNya.  karena inilah Allah berfirman kepada Nabi Musa di Gunung Sinai;
"Engkau tidak akan dapat melihat aku" (al-Qur'an)
Hakikat perkara ini adalah demikian,  yaitu sebagaimana benih manusia itu menjadi manusia,  dan biji tamar menjadi pokok tamar,  begitu jugalah mengenal Allah yang diperolehi di dunia ini akan bertukar menjadi "Memandang Allah" di akhirat kelak,  dan mereka yang tidak mempelajari pengetahuan itu tidak akan mendapat pandangan itu.  Pandangan ini tidak akan dibagi-bagikan sama rata kepada mereka yang tahu tetapi "konsep pemahaman" mereka tentangnya akan berbeda-beda sebagaimana ilmu mereka.
Allah itu Satu tetapi ia kelihatan dengan berbagai-bagai cara,  sebagaimana satu benda itu terbayang dalam berbagai cara dalam berbagai cermin.  Ada yang lurus,   ada yang bengkok,  ada yang terang dan ada yang gelap.  Sesuatu cermin itu mungkin terlalu bengkok dan ini menjadikan bentuk-bentuk yang cantik kelihatan buruk dalam cermin itu.  Seseorang manusia itu mungkin membawa ke akhirat hati yang gelap dan bengkok,  dan dengan itu pandangan yang menjadi punca kedamaian dan kebahagiaan kepada orang lain,  akan menjadi sumber kesengsaraan dan kedukaan kepadanya.
Orang yang Menyintai Allah sepenuh hati dan Cintanya kepada Allah melebihi Cintanya kepada yang lain akan memperolehi lebih banyak kebahagiaan  daripada pandangan melebihi daripada mereka yang dalam hatinya tidak ada pandagan ini.  Umpama dua orang yang kekuatan matanya sama saja memandang kepada muka yang cantik.  Orang yang telah ada cintanya kepada orang yang memiliki muka itu akan merasa tertarik dan bahagia memandang muka itu melebihi dari orang yang tidak ada cintanya kepada orang yang mempunyai muka itu.  Untuk kebahagiaan yang sempurna,  ilmu saja tidak tidaklah cukup.  Ianya hendaklah disertakan dengan Cinta.  Cinta kepada Allah itu tidak akan tercapai selagi hati itu tidak dibersihkan daripada cinta kepada dunia.  Pembersihan ini dapat dilakukan dengan menahan diri dari hawa nafsu yang rendah dan bersikap zuhud.
Semasa dalam dunia ini,  keadaan seseorang itu terhadap "Memandang Allah" adalah ibarat  orang yang cinta yang melihat muka orang yang yang dicintai dalam waktu senjakala dan pakaiannya penuh dengan penyengat dan kala yang sentiasa menggigitnya.  Tetapi sekiranya matahari terbit dan menunjukkan muka yang dicintai dengan segala keindahannya,  dan penyengat serta kala itu telah lari darinya,  maka kebahagiaan orang yang cinta itu adalah seperti hamba Allah yang terlepas dari gelap senja dan azab cobaan di dunia ini,  lalu melihat dia tanpa hijab lagi.
Abu Sulaiman berkata;
"Siapa yang sibuk dengan dirinya sendiri saja di dunia ini,  akan sibuk juga dengan dirinya di akhirat kelak;  dan siapa yang sibuk dengan Allah di dunia ini akan sibuk juga dengan Allah di akhirat kelak".
Yahya bin Mu'adz menceritakan;
"Saya lihat Abu Yazid Bustomin sembahyang sepanjang malam.  apabila beliau telah habis sembahyang,  beliau berdoa dan berkata; "Oh Tuhan!!!  Setengah dari hambaMu meminta padaMu kuasa untuk membuat sesuatu yang luar biasa(karamat) seperti berjalan di atas air,   terbang di udara;  tetapi aku tidak meminta itu;  ada pula yang meminta harta karun,  tetapi aku tidak meminta itu;  kemudian ia memalingkan mukanya dan setelah dilihatnya saya,  ia berkata;  "Kamu di situ Yahya?"  Saya menjawab;  "Ya!"  Beliau bertanya lagi;   "Sejak bila?"  Saya menjawab;  "Telah lama saya di sini"  Kemudian saya bertanya dan beliau menceritakan kepada saya setengah daripada pengalaman keruhaniannya.
"Saya akan menceritakan"  Jawab beliau.  "Apa yang boleh saya ceritakan kepadamu,  Allah Subhahahuwa Taala menunjukkan aku kerajaanNya dari yang paling tinggi hingga ke paling rendah.  DiangkatNya saya melampaui Arash dan Kursi dan tujuh petala langitnya,   kemudian Ia(Allah) berkata;  "Pintalah kepadaKu apa saja yang engkau kehendaki".  Saya menjawab; "Ya Allah!!! tidak akan saya minta apa pun melainkan Engkau".   JawabNya(Allah);   "Sesungguhnya engkau hambaKu yang sebenar".
Pada suatu ketika pula Abu Yazid berkata;
"Sekiranya Allah mengurniakan engkau kehampiran denganNya seperti Ibrahim,  kekuasaan Sholat Musa,   keruhanian 'Isa,  namun wajahmu hadapkanlah kepada Dia saja karena ia ada harta yang melampaui segala-galanya itu"
Suatu hari seorang sahabatnya berkata kepada beliau;  "Selama tiga puluh tahun saya puasa di siang hari dan sembahyang di malam hari tetapi saya tidak dapati kelazatan keruhanian yang engkau katakan itu".
Abu Yazid menjawab;  "Jika engkau puasa dan sembahyang selama tiga ratus tahun pun,  engkau tidak akan mendapatkannya".
Sahabatnnya berkata;  "Bagaimanakah itu?"
Kata Abu Yazid;  "obatnya ada tetapi engkau tidak akan sanggup menelannya obat itu".  Tetapi oleh karena sahabatna itu bersungguh-sungguh benar memminta supaya diceritakan,  Abu Yazid pun berkata;  "Pergilah kepada tukang gunting dan cukurlah janggutmu itu;  buangkan pakaianmu itu kecuali seluar dalam saja.  Ambil satu kampit penuh yang berisi "Siapa yang mahu menempeleng kuduk leherku dia akan mendapat buah ini"  Kemudian dalam keadaan ini pergilah kepada Kadi dan ahli syariat dan berkata;  "Berkatilah Ruhku".
Kata sahabatnya;  "Tidak sanggup saya berbuat demikian,  berilah saya cara yang lain".
Abu Yazid pun berkata;  "Inilah saja caranya,  tetapi seperti yang telah saya katakan kamu ini tidak dapat diobat lagi".
Sebab Abu Yazid berkata demikian kepada orang itu ialah karena orang itu sebenarnya pencari pangkat dan kedudukan.  Bercita-cita hendak pangkat dan kedudukan seperti bersikap sombong dan bangga adalah penyakit yang hanya dapat diobat dengan cara yang demikian itu.
Allah berfirman kepada Nabi 'Isa;
"Wahai 'Isa!   Apabila Aku lihat dalam hati hambaKu cinta suci murni kepadaKu tanpa dicampur aduk dengan kepentingan diri sendiri terhadap perkara dunia atau akhirat,  maka Aku menjadi Penjaga kepada Cinta itu".
Apabila orang bertanya kepada Nabi 'Isa;  "Apakah kerja yang paling tinggi sekali darjatnya?"  Beliau menjawab;  "Mencintai Allah dan tunduk kepadaNya".
Suatu ketika orang bertanya kepada Wali Allah bernama Rabi'atul Adawiyah sama ada beliau cinta kepada Nabi Muhammad SAW.  Beliau menjawab; "Cinta kepada Allah menghalang aku cinta kepada makhluk".
Ibrahim bin Adham dalam doanya berkata;  "Ya Allah!  pada mataku syurga itu sendiri lebih kecil dari agas jika dibandingkan dengan Cintaku terhadapMu dan kelazatan mengingatiMu   yang Engkau telah kurniakan kepadaku".
Siapa yang  menganggap ada kemungkinan menikmati kebahagiaan di akhirat tanpa mencintai Allah adalah orang yang telah jauh sesat anggapannya,  karena segala-galanya di akhirat itu adalah kembali kepada Allah dan Allah itulah matlamat yang dituju dan dicapai setelah melalui halangan yang tidak terhingga banyaknya.  Nikmat memandang Allah itu adalah kebahagiaan.  Jika seseorang itu tidak suka kepada Allah di sini,  maka di sana pun ia tidak suka juga kepada Allah.  Jika sedikit saja sukanya  kepada Allah di sini,  maka sedikit jugalah sukanya kepada Allah di sana.  Pendeknya,  kebahagiaan kita di akhirat adalah bersesuaian dengan kadar Cintanya kita kepada Allah di dunia ini.
Sebaliknya jika dalam hati manusia itu ada tumbuh cinta kepada  apa saja yang berlawanan dengan Allah,  maka keadaan hidup di akhirat sana akan berlainan dan ganjil sekali kepadanya dan dengan ini apa saja yang mendatangkan kebahagiaan kepada orang lain,  akan mendatangkan 'azab sengsara kepadanya.  Mudah-mudahan Allah lindungi kita dari terjadi sedemikian itu.
Ini bolehlah kita gambarkan dengan misalan seperti berikut;
Seorang pengangkut sampat-sarap pergi ke kedai yang menjual minyak wangi.  Apabila beliau membawa bau-bauan yang harum wangi itu,  ia pun jatuh dan tidak sadar diri.   Orang pun datang hendak memberi pertolongan kepadanya.  Air Ros dipercikkan kemukanya dan dihidungnya diletakkan kasturi.  Tetapi beliau bertambah teruk.   Akhirnya datanglah seorang pengangkut sampah juga,  lalu diletakkan sedikit sampah kotor di bawah hidung orang yang pengsan itu.  Dengan segera orang itu pun sadar semula sambil berseru dengan rasa puas hati,  "Wah! Inilah sebenarnya wangi!"
Demikian jugalah,  ahli dunia tidak akan menjumpai lagi karat dan kotor dunia ini diakhirat.  Kelazatan keruhaniah alam sana berlainan sekali dan tidak sesuai dengan kehendaknya.  Maka ini menjadikannya bertambah teruk dan sengsara lagi.  karena alam sana itu adalah alam ruhaniah dan penzhohiran Jamal (keindahan) Allah Subhanahuwa Taala.  Berbahagialah mereka yang ingin mencapai kebahagiaan di sana itu dan menyesuaikan dirinya dengan alam itu.  Semua sikap zahud,  menahan diri ibadah,   menuntut ilmu adalah bertujuan untuk mencapai penyesuaian itu dan penyesuaian itu adalah cintanya.  Inilah maksud Al-Quran:
"Berbahagialah orang yang mencucikan jiwanya".
Dosa dan maksiat berlawanan benar dengan penyesuaian ini.  Oleh itulah termaktub dalam Al-Quran:  "Sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya."  Orang yang dikurniai dengan mata keruhanian telah nampak hakikat ini dalam rasa pengalaman mereka bukan hanya kata-kata yang diterima turun-menurun sejak dahulu lagi.  Pandangan mereka itu membawa kepercayaan bahwa orang yang berkata demikian adalah sebenarnya Nabi;   ibarat orang yang mengkaji ilmu perobatan;  akan tahu adakah orang yang bercakap berkenaan perobatan itu sebenarnya doktor atau pun bukan.  Ini adalah jenis keyakinan yang tidak perlu disokong dengan mukjizat atau perbuatan yang mencarik adat karena yang  demikian pun dapat dilakukan juga oleh tukang sihir atau tukang silap mata.
 

TANDA-TANDA CINTA KEPADA ALLAH



Ramai orang berkata ia Cinta kepada Allah Subhanahuwa Taala.  Katanya itu hendaklah diuji sama ada tulen atau hanya palsu.
Ujian pertama ialah;  Dia hendaklah tidak benci kepada mati kerana tidak ada orang yang enggan bertemu dengan sahabatnya.  Nabi Muhammad saw bersabda;
"Siapa yang ingin melihat Allah,  Allah ingin melihat dia."
Memang benar ada juga orang yang ikhlas cintanya kepada Allah berasa gentar apabila mengingat kedatangan mati sebelum ia siap membuat persediaan untuk pulang ke akhirat,   tetapi jika betul-betul ikhlas adia akan bertambah rajin berusaha lagi untuk membuat persediaan itu.
Ujian kedua ialah ia mestilah bersedia mengorbankan kehendaknya untuk menurut kehendak Allah dan sedaya upaya menghampirkan diri kepada Allah dan benci kepada apa sahaja yang menjauhkan dirinya dengan Allah.  Dosa yang dilakukan oleh seseorang itu bukanlah bukti ia tidak cinta kepada Allah langsung tetapi itu membuktikan yang ia tidak menyintai Allah sepenuh jiwa raganya.   Fudhoil bin Iyadh seorang wali Allah berkata kepada seorang lelaki;
"Jika sesiapa bertanya kepada mu samada kamu cinta kepada Allah,  hendaklah kamu diam kerana jika kamu kata:  "Saya tidak cinta kepadaNya",  maka kamu kafir dan jika kamu berkata,  "Saya cinta",  maka perbuatan kamu berlawanan dengan katamu."
Ujian yang ketiga ialah ingat kepada Allah itu mestilah sentiasa ada dalam hati manusia itu tanpa ditekan atau diusahakan benar,  kerana apa yang kita cinta itu mestilah sentiasa kita ingat.   Sekiranya cinta itu sempurna,  ia tidak akan lupa yang dicintainya itu.   Ada juga kemungkinan bahawa sementara cinta kepada Allah itu tidak mengambil tempat yang utama dalam hati seseorang itu,  maka cinta kepada menyintai Allah itu mungkin mengambil tempat jua,  kerana cinta itu satu perkara dan cinta kepada cinta itu adalah seperkara lain pula.
Ujian keempat kemudian menunjukkan adanya cinta kepada Allah ialah bahawa seseorang itu cinta kepada Al-Quran,  iaitu Kalam Allah,  dan cinta kepada Muhammad iaitu Rasul Allah.   Jika cintanya benar-benar kuat,  ia akan cinta kepada semua orang kerana semua manusia itu adalah hamba Allah.  Bahkan cintanya meliputi semua makhluk,  kerana orang yang kasih atau cinta kepada seseorang itu tentulah kasih pula kepada kerja-kerja yang dibuat oleh kekasihnya itu dan cintanya juga kepada tulisan atau karangannya.
Ujian kelima ialah ia suka duduk bersendirian untuk maksud beribadat dan ia suka malam itu lekas datang agar dapat berbicara dengan rakan atau sahabatnya tanpa ada yang menggangu.  Jika ia suka berbual-bual di siang hari dan tidur di malam hari maka itu menunjukkan cintanya tidak sempurna.  Allah berfirman kepada Nabi Daud,
"Janganlah terlampau karib dengan manusia,  kerana ada dua jenis manusia tersingkir dari MajlisKu:   iaitu mereka yang bertungkus mencari ganjaran dan menjadi pemalas apabila mereka mendapat ganjaran itu;  dan mereka yang mementingkan diri mereka sendiri lalu melampaui aku.  Tanda tidak redhanya aku ialah aku biarkan mereka begitu sahaja."
Pada hakikatnya,  jika cinta kepada Allah itu benar-benar mengambil tempat seluruhnya didalam hati seseorang itu,  maka cintanya kepada yang  lain itu tidak akan dapat mengambil tempat langsung ke dalam hati itu.  Seorang dari Bani Israel telah menjadi kebiasaan sembahyang di malam hari.
Tetapi apabila melihat burung bernyanyian di sepohon pokok dengan merdu sekali,  dia pun sembahyang di bawah pokok itu supaya dapat menikmati nyanyian burung itu.  Allah menyuruh Nabi Daud pergi berjumpa dia dan berkata,
"Engkau telah mencampurkan cinta kepada nyanyian burung dengan cinta kepadaKu,  Martabat engkau di kalangan Auliya' Allah telah diturunkan,"
Sebaliknya ada pula orang yang terlalu cinta kepada Allah, suatu hari sedang ia melakukan ibadatnya kepada Allah rumahnya telah terbakar,  tetapi ia tidak nampak dan sedar rumahnya terbakar.
Yang keenam ialah ibadatnya menjadi senang sekali.  Seorang Wali Allah ada berkata,
"Dalam tiga puluh tahun  yang pertama saya melakukan sembahyang malam dengan susah payah sekali,   tetapi tiga puluh yang kedua sembahyang itu menjadi seronok dan lazat pula kepada saya."  Apabila cinta kepada Allah itu sempuna,  maka tidak ada kesoronokan yang setandimg dngan keseronokan ibadat.
Yang ketujuh ialah orang yang cinta kepada Allah itu akan cinta kepada mereka yang taat kepada Allah dan mereka benci kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang derhaka kepada Allah.   Al-Quran mnyatakan "mereka itu bersikap kasar kepada orang-orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka sendiri."  Suatu masa,  Nabi bertanya kepada Allah,  "Wahai Tuhan,  siapakah kekasihmu?" Terdengarlah jawapan,
"Siapa yang berpegang teguh kepadaKu seperti bayi dengan ibunya,  mengmbil perlindungan dengan MengingatiKu seperti burung mencari perlindungan disarangnya,  dan yang marah melihat dosa seperti singa yang marah yang tidak takut kepada apa dan siapa pun."

Memeriksa Diri Sendiri & Mengingat Allah


Ketahuilah wahai saudaraku,  dalam Al-Qur'an Allah berfirman,   lebih kurang maksudnya,
"Kami akan adakan pertimbangan yang adil pada hari berbangkit,  dan tidak ada jiwa yang dizalimi sedikit pun.   Barangsiapa yang berbuat sebesar zarah kejahatan atau kebaikan,   akan melihatnya".
Termaktub juga dalam Al-Qur'an firman yang berbunyi lebih kurang maksudnya;
"Biarlah tiap-tiap jiwa melihat apa yang dibawanya kehari perhitungan".
Khalifah Umar ada berkata,  "perhitunglah dirimu sebelum engkau diperhitungkan".
Allah berfirman lebih kurang maksudnya,
"Wahai orang-orang yang beriman,  sabarlah dan lawanlah hawa nafsumu,  dan teruskanlah perjuangan itu dengan gagah".
Wali-wali Allah sentiasa mengetahui bahawa mereka datang ke dunia ini untuk menjalankan pengembaraan keruhanian,  yang akibatnya ialah rugi atau untung yang merupai neraka atau syurga.  Sentiasalah mereka itu berwaspada terhadap kehendak-kehendak jasamaniah (badan) yang diibaratkan sebagai rakan perkongsian dalam perniagaan yang bersifat jahat dan bila-bila masa ia boleh mendatangkan kerugian kepada perniagaan itu.  Sebenarnya bijaklah orang itu iaitu orang yang mahu merenung sebentar selepas sembahyang subuh memikirkan hal dirinya dan berkata kepada jiwanya;
"Wahai jiwaku,   engkau hanya hidup sekali.  Tiap-tiap saat yang berlalu tidak akan datang lagi dan tidak akan dapat diambil kembali kerana di Hadirat Allah Subhanahuwa Taala,    bilangan nafas turun naik yang dikurniakan kepada engkau itu telah ditetapkan dan tidak boleh ditambah lagi.  Inilah perjalanan hidup dalam dunia hanya sekali,   tidak ada kali yang kedua dan seterusnya.  Oleh itu,  apa yang engkau hendak buat,  buatlah sekarang.  Anggaplah seolah-olah hidupmu telah berakhir,   dan hari ini adalah hari tambahan yang diberi kepada engkau dengan kurnia Allah Subhanahuwa Taala jua.  Alangkah ruginya membiarkan hari ini berlalu dengan sia-sia.   Tidak ada yang lebih rugi dari itu lagi."
Di hari berbangkit di akhirat kelak,  seseorang itu akan melihat semua waktu hidupnya di dunia ini tersusun seperti susunan peti harta dalam satu barisan yang panjang.
  • Pintu sebuah daripada peti itu terbuka dan kelihatanlah penuh dengan cahaya:  Ini menunjukkan waktu yang dipenuhinya dengan membuat amalan yang sholeh.  Hatinya akan berasa seronok dan bahagia sekali,  bahkan sedikit sahaja rasa bahagia itu pun sudah cukup membuat penghuni neraka lupakan api neraka yang bernyala itu.
  • Kemudian peti yang kedua terbuka,  maka terlihatlah gelap gelita di dalamnya.  Dari situ keluarlah bau busuk yang amat sangat hingga orang terpaksa menutup hidungnya:  Ini menunjukkan waktu yang dipenuhinya dengan amal maksiat dan dosa.  Maka akan dirasainya azab yang tidak terhingga bahkan sedikit saja pun dari azab itu sudah cukup menggusarkan ahli syurga.
  • Selepas itu terbuka pintu peti yang ketiga,  dan kelihatanlah kosong saja,  tidak ada gelap dan tidak ada cahaya di dalamnya:  Inilah melambangkan waktu yang dihabiskannya dengan tidak membuat amalan sholeh dan tidak juga membuat amalan maksiat dan dosa.  Ia akan merasa sesal dan tidak tentu arah seperti orang yang ada mempunyai harta yang banyak membiarkan hartanya terbuang dan lepas begitu saja dengan sia-sia.
Demikianlah seluruh waktu yang dijalannya itu akan dipamerkan kepadanya satu lepas satu.  Oleh yang demikian,  seseorang itu hendaklah berkata kepada jiwanya tiap-tiap pagi;
"Allah telah mengurniakan engkau dua puluh empat jam peti harta.  Berhati-hatilah mengawasinya supaya jangan kehilangan,  kerana engkau tidak akan boleh menanggung rasa kesal yang amat sangat jika engkau kehilangan harta itu".
Aulia Allah ada berkata,
"Walaupun sekiranya Allah mengampuni kamu,  setelah hidup disia-siakan,  kamu tidak akan mencapai pangkat orang-orang yang Sholeh dan pasti kamu akan ratapi dan tangisi kerugianmu itu.   Oleh itu jagalah lidahmu,  matamu dan tiap-tiap anggota mu yang tujuh itu kerana semua itu mungkin menjadi pintu untuk menuju ke Neraka".
Katakanlah kepada badanmu;  "Jika kamu memberontak,  sesungguhnya kamu akan kuhukum";  kerana meskipun badan itu degil,  ia boleh menerima arahan dan boleh dijinakkan dengan zuhud".  Demikianlah tujuan memeriksa atau memperhitung diri sendiri.    Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda;
"Berbahgialah orang yang beramal sekarang apa yang menguntungkannya di akhirat kelak".
Maka sekarang kita masuk pula kepada bahagian berkenaan dengan ZikiruLlah(mengenang atau mengingati Allah).  Ini ialah seseorang itu hendaklah ingat bahawa Allah Melihat dan Memerhatikam semua lakuan dan fikirannya.  Manusia hanya melihat yang zhohir sahaja,  tetapi Allah Melihat zhohir dan batinnya seseorang itu.  Orang yang percaya dengan ini sebenarnya dapatlah ia menguasai dan mendisiplinkan zhohir dan bathinnya.  Jika ia tidak percaya ini,  maka KAFIRLAH ia.  Jika ia percaya tetapi ia bertindak berlawanan dengan kepercayaan itu,   maka salah besarlah ia.
Suatu hari,  seorang Negro menemui Nabi SAW. dan berkata;  "Wahai Rasulullah!  Saya telah melakukan banyak dosa.  Adakah taubatku diterima atau tidak?". Nabi SAW.  menjawab; "Ya".  Kemudian Negro itu berkata lagi;  "Wahai Rasulullah!  Setiap kali aku membuat dosa adakah Allah Melihatnya?".  Nabi SAW.  menjawab lagi;  "Ya"
Negro itu pun menjerit lalu mati.   Sehingga seseorang itu benar-benar percaya bahawa ia sentiasa dalam pemerhatian Allah,  maka tidaklah mungkin baginya membuat amalan yang baik-baik.
Seorang Sheikh ada seorang murid yang lebih disayanginya daripada murid-murid yang lain.  Dengan itu murid-murid yang lain itu pun berasa dengki kepada murid yang seorang itu.  Suatu hati Sheikh itu memberi tiap-tiap seorang murid itu seekor ayam dan menyuruh mereka menyembelih ayam itu di tempat yang tidak ada seseorang pun melihat ia menyembelih itu.  Maka pergilah mereka tiap-tiap seorang membawa seekor ayam ke tempat yang sunyi dan menyembelih ayam di situ.  Kemudian membawanya kembali kepada Sheikh mereka.  Semuanya membawa ayam yang telah disembelih kepada Sheikh mereka kecuali seorang iaitu murid yang  lebih disayangi oleh Sheikh itu.  Murid yang seorang ini tidak menyembelih ayam itu.  Ia berkata; "Saya tidak menjumpai tempat yang dimaksudkan itu kerana Allah di mana-manapun Melihat". Sheikh itu pun berkata kepada murid-murid yang lain;  "Sekarang sekelian telah lihat sendiri peringkat pemuda ini.  Dia telah mencapai ke taraf ingat sentiasa kepada Allah".
Apabila Zulaiha cuba menggoda Nabi Yusof,  ia menutup dengan kain muka sebuah berhala yang selalu disimpannya.  Nabi Yusof berkata kepadanya;
 "Wahai Zulaiha,   adakah kamu malu dengan batu?  sedangkan dengan batu engkau malu,  betapa aku tidak malu dengan Allah yang menjadikan tujuh petala langit dan bumi".
Ada seorang datang berjumpa dengan Juanid dan berkata;  "Saya tidak dapat menghindarkan mataku daripada melihat perkara-perkara yang membawa dosa.   Bagaimanakah saya hendak mengawalnya?".  Junaid menjawab; "Dengan cara ingat iaitu Allah Melihat kamu lebih jelas dan terang lagi daripada kamu melihat orang lain".
Dalam hadis ada diterangkan bahawa Allah ada berfirman seperti demikian;
"Syurga itu ialah bagi mereka yang bercadang hendak membuat sesuatu dosa,  dan kemudian mereka ingat bahawa Aku sentiasa Memandang mereka,  lalu mereka pun menahan diri mereka".
Abdullah Ibnu Dinar meriwayatkan;
"Satu ketika saya berjalan dengan Khalifah Omar berhampiran kota Mekah.  Kami bertemu dengan seorang gembala yang sedang membawa gembalaannya.  Omar berkata kepada gembala itu;  "Jualkan pada saya seekor kambing itu".  Gembala itu menjawab;  "Kambing itu bukan saya punya,  tuan saya yang mempunyainya."  Kemudian untuk mencubanya,  Omar berkata;   "Baiklah,  kamu katakanlah kepada tuanmu bahawa yang seeekor itu telah dibaham oleh serigala".   Budak gembala itu menjawab; "Tidak,   sesungguhnya tuan saya tidak tahu tetapi Allah Mengetahuinya". Mendengar jawapan budak gembala itu,  bertitisanlah air mata Omar.  Beliau pun pergi berjumpa dengan tuan budak gembala kambing itu lalu membelinya dan membebaskannya.   Beliau berkata budak itu;  "Kerana kata-katamu itu,  engkau bebas dalam dunia dan akan bebas juga di akhirat kelak".
Ada dua darjat berkenaan Zikir Allah(mengenang Allah) ini.  Darjat pertama ialah darjat Aulia Allah.  Mereka  bertafakur dan tenggelam dalam tafakur mereka dalam mengenang Keagungan dan Kemuliaan Allah. dan tidak ada tempat langsung dalam hati mereka untuk 'gairuLlah"(selain dari Allah).  Ini adalah darjat zikir Allah yang bawah,   kerana apabila hati seseorang itu telah tetap dan anggotanya dikontrol penuh oleh hatinya hingga mereka dapat mengalwal mereka dari perkara-perkara yang halal pun,   maka tidak perlulah lagi ia sebarang alat atau penahan untuk menghalang dosa.   Maka kepada zikir Allah seperti inilah Nabi Muhammad (S.W.T) maksudkan apabila ia berkata,
"Orang yang bangun pagi-pagi dengan hanya Allah dalam hatinya,  Allah akan memeliharanya didunia dan diakhirat."
Setengah daripada mereka golongan ini sangat asyik dan tenggelam dalam mengenang dalam mengingati Allah hinggakan kalau ada orang bercakap kepada mereka tidaklah mereka dengar,   kalau orang berjalan dihadapan mereka tidaklah mereka nampak.  Mereka seolah-olah diam seperti dinding.  Seseorang Wali Allah ada berkata demikian:   "Suatu hari saya melintasi tempat ahli-ahli pemanah sedang bertanding memanah.   Tidak berapa jauh dari situ ada seoarang duduk seseorang diri.  Saya pergi kepadanya dan cuba hendak berbual dengannya.
  • Tetapi ia menjawab,  "Mengenang Allah itu labih baik dari berbual".
  • Saya bertanya,  "tidakkah kamu merasa keseorangan?"
  • "Tidak"  jawabnya, "Allah dan dua orang malaikat ada bersamaku".
  • Saya bertanya kepada beliau sambil menunjukkan kepada pemanah-pemanah itu, "Antara mereka itu,  yang manakah akan menang?"
  • Beliau menjawab,  "Yang itu,  Allah telah beri kemenangan  kepadanya."
  • Kemudian saya bertanya, "dari manakah datangnya jalan ini?"
  • Mendengar itu,  ia merenung ke langit lalu berdiri dan pergi sambil berkata,  "Oh Tuhan!  Banyak hamba-hambamu mengganggu seseorang itu dalam mengingatimu!"
Seorang wali Allah bernama Syubli satu hari pergi berjumpa seorang sufi bernama Thauri.   Beliau lihat Thauri duduk dengan berdiam diri dalam tafakkur hingga sehelai bulu romanya pun tidak bergerak.  Syubili bertanya kepada Thauri,  "Daripada siapa anda berlajar latihan bertafakkur dengan diam diri seperti itu?"  Suri menjawab, "Daripada seekur kucing yang saya lihat menunggu di lubang tikus.  Kucing itu lebih tetap dan diam lagi daripada ini."
Ibn  Hanif meriwayatkan:
"Saya diberitahu bahawa di Bandar Thur ada seorang Syeikh dan muridnya sentiasa duduk dan tenggelam dalam zikir Allah.  Saya pergi ke situ dan saya dapati kedua orang itu duduk dengan muka mereka menghadap ke kiblat.  Saya memberi salam kepada mereka tiga kali.  Tetapi mereka tidak menjawab.  Saya berkata,   "Dengan nama Allah saya minta tuan-tuan menjawab salamku".  Pemuda itu mengangkat kepalanya dan menjawab,
"Wahai Ibn Hanif! dunia ini untuk sebentar waktu sahaja,  dan yang sebentar itupun tinggal lagi sedikit sahaja.  Anda mengganggu kami kerana meminta kami menjawab salammu itu".
Kemudian dia menundukkan kepalanya semula dan terus mendiamkan diri.  Saya rasa lapar dan dahaga pada masa itu,  tetapi dengan memandang mereka itu saya lupa pada diri saya.  Saya terus bersama mereka dan sembahyang Zohor dan Asar bersama mereka.   Saya minta mereka memberi nasihat kepada saya berkenaan kerohanian ini.   Pemuda itu menjawab,  "Wahai Ibni Hanif,  kami merasa susah;  kami tidak ada lidah yang memberi nasihat itu." Saya terus berdiri di siti tiga hari tiga malam.  Kami tidak bercakap antara satu sama lain,  dan tidak tidur.   Kemudian saya berkata kepada diri saya sendiri,  saya akan pohon kepada Allah supaya mereka menasihati saya."  Pemuda itu mengangkat kepalanya dan berkata,
"Pergilah cari orang seperti itu,  ia akan dapat membawa Allah kepada ingatan anda dan melengkapkan rasa takut kepada hatimu,  dan ia akan memberi anda nasihat yang disampaikan secara diam tanpa sebarang cakap."
Demikianlah zikir Allah para Aulia iaitu melenyap dan menenggelamkan fikiran dan khayalan dalam Mengenang Allah.  Zikir Mengenang Allah (zikir Allah) yang kedua ialah zikirnya "golongan kanan" iaitu yang disebut dalam Quran sebagai Ashabul   Yamin.  Mereka ini tahu dan kenal bahawa Allah sangat mengetahui terhadap mereka dan mereka merasa tunduk dan tawaduk di Hadirat Allah SWT tetapi tidaklah sampai mereka melenyap dan menenggelamkan fikiran dan khayalan mereka dalam mengenang Allah sahaja sehingga tidak peduli keadaan keliling mereka.  Mereka sedar diri mereka dan sedar terhadap alam ini.  Keadaan mereka adalah seperti seorang yang terkejut kerana didapati berkeadaan bertelanjang dan cepat-cepat menutup aurat mereka.
Golongan yang lagi satu dulu adalah seperti orang yang tiba-tiba mendapati diri mereka di majlis raja yang besar lalu ia merasa tidak tentu arah dan merasa takjub.
Golongan yang mula-mula itu memeriksa terlebih dahulu apa yang memasuki hati mereka dengan rapi sekali,  kerana di hari kiamat kelak tiga soalan akan ditanya terhadap tiap-tiap lakuan.  Dan tindakan yang telah dilakukan.
  • Yang pertama:  "Kenapa kamu buat ini?"
  • Kedua:  "Dengan cara apa kamu membuat ini?";  dan
  • Ketiga:  "Untuk tujuan apa kamu melakukan ini?".
    • Yang pertama itu disoal kerana seseorang itu hendaklah bertindak dari niat dan dorongan Kutahanan dan bukan dorongan Syaitan dan hawa nafsu.
    • Jika soalan itu dijawab dengan memuaskan hati,  maka diadakan ujian kedua iaitu soalan secara mana tindakan itu dilakukan dengan bijak,  dengan cuai,  atau dengan cara tidak peduli apa.
    • Yang ketiga,  sama ada lakuan dan tindakan itu kerana Allah semata-mata atau kerana hendakkan sanjungan manusia.
Jika seseorang itu memahami makna soalan-soalan ini,  maka ia tentu berhati-hati sekali terhadap keadaan hatinya dan bagaimana ia melawan fikiran yang mungkin menimbulkan tindakannya.  Sebenarnya memilih dan menapis fikiran dan khayalan itu sangatlah susah dan rumit.  Barangsiapa yang tidak sanggup membuatnya hendaklah pergi berguru dengan orang-orang  keruhanian.   Mengaji dan berguru dengan mereka itu dapat mendatangkan cahaya ke dalam hati.   Dia hendaklah menjauhkan diri dari orang-orang alim kedunian kerena mereka ini adalah alat atau ujian syaitan.
Allah berfirman kepada Nabi Daud a.s.;
"Wahai Daud,   janganlah bertanya kepada orang Alim yang mabuk dalam cintanya kepada dunia,   keran mereka akan merampas dari kamu perasaan Cinta terhadapKu".
Nabi Muhammad SAW.  pernah bersabda;
"Allah kasih kepada orang yang tajam matanya terhadap perkara-perkara yang menimbulkan syak-wasangka dan tidak membiarkan akalnya diganggui oleh serangan hawa nafsu".
Akal dan pilihan sangat berkait rapat,  dan orang yang akalnya tidak menguasai hawa nafsu tidak akan dapat memilih yang baik dari yang jahat.
Di samping membuat pilihan dan berhati-hati sebelum bertindak,  maka seseorang itu hendaklah menghitung dan menyedari apa yang telah dilakukannya dahulu.  Tiap-tiap malam periksalah hati itu dan lihatlah apa yang telah dilakukan dan sama ada telah untung atau rugi dalam perniagaan keruhaniaan ini.  Ini adalah penting kerana hati itu ibarat rakan perniagaan yang jahat yang sentiasa hendak menipu dan mengilat.   Kadang-kadang ia menunjukkan diri jahatnya itu.  Sebaliknya topeng taat kepada Allah,  agar manusia menganggap ia telah beruntung tetapi sebenarnya ia telah rugi.
Seorang Wali Allah bernama Amiya yang berumur 60 tahun telah mengira berapa hari umurnya.  Maka didapti umurnya ialah selama 21, 600 hari semua sekali.  Beliau berakata kepada dirinya sendiri;
"Aduhai!  jika saya telah melakukan satu dosa sehari,  bagaimana saya hendak lari dari beban 21, 600 dosa?".
Beliau menjerit dan terus rebah.  Apabila orang datang hendak mengangkatkannya,   mereka telah dapati beliau telah meninggal dunia.  Tetapi malang,   kebanyakan orang telah lupa.  Mereka tidak memperhitung diri mereka sendiri.   Jika tiap-tiap satu dosa itu diibaratkan sebiji batu,  maka penuhlah sebuah rumah dengan batu itu.  Jika malaikat Kiraman Kaatibin meminta gaji kerana menulis dosa yang seseorang itu telah lakukan,  maka tentulah habis wangnya bahkan tidak cukup untuk membayar gaji mereka itu.  Orang berpuas hati membilang biji tasbih sambil berzikir nama Allah,  tetapi mereka tidak ada biji tasbih untuk mengira berapa banyak percakapan sia-sia yang telah diucapkannya.  Oleh kerana itulah, Khalifah Omar berkata;
"Timbanglah perkataan dan perbuatanmu sekarang sebelum ia dipertimbangkan di akhirat kelak".
Beliau sendiri sebelum pergi tidur malam hari memukul kakinya dengan comtar sambil berkata; "Apa yang telah engaku buat hari ini?".
Suatu hari Thalhah sedang sembahyang di bawah pohon-pohon kurma dan terpandang olehnya seekor burung yang jinak berterbangan di situ.  Kerana memandang burung itu beliau terlupa berapa kalikah beliau sujud.  Untuk menghukum dirinya kerana kelalaian itu,   beliau pun memberi pohon-pohon khurma itu kepada orang lain.
Aulia Allah mengetahui hawa nafsu mereka itu selalu membawa kepada kesesatan.   Oleh itu mereka berhati-hati benar dan menghukum diri mereka setiap kali mereka telah terlanggar batas.
Jika seseorang itu mendapati diri mereka telah terjauh dan menyeleweng dari sifat zuhud dan disiplin diri,  maka sepatutnya beliau belajar dan meminta nasihat dari orang yang pakar dalam latihan keruhanian,  supaya hati lebih bersemangat kepada sifat zuhud,  disiplin diri dan akhlak yang suci itu.
Seorang Wali Allah pernah berkata,
"Apabila saya berasa merosot dalam disiplin diri,  saya akan melihat Muhammad bin Abu Wasi,  dan melihat beliau itu bersemagatlah hatiku sekurang-kurangnya seminggu".
Jika seseorang itu tidak dapat seseorang yang zuhud di sekitarnya,  maka eloklah mengkaji riwayat Aulia Allah.  Elok juga ia menasihat jiwanya seperti demikian;
"Wahai jiwaku!  engkau fikir diri kau cerdik pandai dan engkau marah jika disebut bodoh.  apakah engkau ini?  Engkau sediakan kain baju untuk melindungi sejuk tetapi tidak bersedia untuk kembali ke akhirat.
 Keadaanmu adalah seperti orang dalam musim sejuk berkata;
"Aku tidak pakai pakaian panas,  cukuplah aku bertawakkal kepada Allah untuk melindungi aku dari sejuk".
Dia telah lupa bahawa Allah di samping menjadikan sejuk itu ada juga memberi petunjuk kepada manusia bagaimana membuat pakaian untuk mengelakkan dari sejuk dan dingin;   dan disediakan alat dan bahan-bahan untuk membuat pakaian itu.  Ingatlah jiwa!   hukuman kepadamu di akhirat kelak bukanlah kerana Allah murka kerana tidak patuhmu;   dan janganlah berkata;
"Bagaimana pula dosaku boleh menyakiti Allah?
Adakah hawa nafsumu sendiri yang menyalakan api neraka di dalam dirimu sendiri;   seperti orang yang memakan makanan yang membawa penyakit.  adalah penyakit itu tejadi dalam badan  manusia,  dan bukan kerana doktor marah kepadanya kerana tidak mematuhi perintahnya.
"Tidak malukah kamu wahai jiwa!  kerana kamu sangat cenderung kepada dunia!!!.  Jika kamu tidak percaya dengan Syurga dan Neraka,  maka sekurang-kurangnya percayalah kepada mati yang akan merampas dari kamu semua keseronokkan kedunian dan membuat kamu merasa kepayahan berpisah dari dunia ini.  Semakin kuat perkaitanmu kepada dunia,  maka semakin pedihlah yang kamu rasai.
Apakah dunia ini bagimu?  Jika seluruh dunia ini dari Timur ke Barat kepunyaanmu dan menyembahmu,  namun itu tidaklah lama.  Akan semuanya hancur jadi abu bersama dirimu sendiri dan namamu makin lama makin dilupakan;   seperti Raja-raja yang dahulu sebelum kamu.  Setelah kamu  melihat bagaimana kecil dan kerdilnya kamu di dunia ini,  maka kenapa kamu beriya-ya benar dan bergila-gila benar menjual keseronokan dan kebahagiaan yang abadi dan memilih kebahagian yang sementara seperti menjual intan berlian yang mahal untuk mendapatkan kaca yang tidak berharga,  dan menjadikan kamu bahan ketawa orang lain?"

MENGENAL AKHIRAT


NERAKA KERUHANIAN
dan firman Allah Taala lagi;
"Neraka Jahanam meliputi orang-orang Kafir" (Al-Taubah:49)
Dia(Allah) tidak berkata;  "Akan meliputi mereka". karena liputan itu telah pun ada sekarang juga.
Mungkin ada orang yang membantah;  "Jika demikian keadaannya,  siapakah yang akan dapat melepaskan diri dari neraka,  karena sedikit sebanyak manusia itu pasti ada neraka kepada dunia?

Kami menjawab:
Ada juga orang,  khususnya Faqir.  Mereka ini melaksanakan kaitan cintanya kepada dunia.  Walaupun begitu,  ada juga orang yang beristeri,  beranak,   berumah-tangga dan lain-lain lagi;  walaupun mereka ada kaitan dengan semua itu,  namun Cinta mereka tehadap Allah tidak ada tandingan dan mereka lebih Cinta kepada Allah melebihi dari yang lain.
Mereka ini adalah seperti orang yang ada berumah-tangga di sebuah bandar yang dicintainya.  Tetapi apabila Raja atau Pemerintah memberinya jabatan untuk bertugas di bandar yang lain,  dia rela berpindah ke bandar itu karena jabatan itu lebih dicintai dari rumah-tangganya di bandar itu.  banyak Ambiya' dan Aulia yang sedemikian ini.
Sebilangan besar pula manusia yang ada sedikit Cinta kepada Allah,  tetapi sangat cinta kepada dunia.  Maka dengan itu mereka terpaksalah menerima  azab di akhirat  sebelum mereka dibersihkan dari karat-karat cinta kepada dunia itu.   Ramai orang yang mengaku Cinta kepada Allah,  tetapi seseorang itu harus menilainya dan menguji dirinya dengan memerhatikan kemanakah cenderung  lebih berat kalau perintah Allah bertentangan dengan kehendak nafsunya?  Orang yang mengatakan Cinta kepada Allah tetapi tidak dapat menahan dirinya darinya dan tidak patuh kepada Allah,  maka orang itu sebenarnya berbicara bohong.
Kita telah perhatikan di atas bahwa satu jenis Neraka Keruhanian ialah berpisah secara paksa dari keduniaan dengan keadaan itu sangat terkait dan terikat dengan keduniaan itu.   Banyak pula orang yang membawa dalam diri mereka,  kuman-kuman neraka seperti ini tanpa mereka sedari. Di akhirat kelak,   mereka akan rasai diri mereka seperti Raja yang diturunkan dari takhta kerajaan dan dijadikan alat gelak ketawa orang ramai,  pada hal sebelum ini mereka hidup dengan mewah dan senang lenang.
Jenis Neraka Keruhanian yang kedua ialah Malu;  yaitu apabila manusia itu tersedar dan melihat keadaan perbuatan yang dilakukan dalam keadaan hakiki yang sebenarnya tanpa selindung lagi.   Orang yang membuat fitnah akan melihat dirinya dalam bentuk orang yang memakan daging saudaranya sendiri;  dan orang yang Hasad dengki seperti yang melempar batu kepada tembok dan batu itu melantun ke belakang lalu mengenai mata anaknya sendiri.
Jenis neraka seperti ini,  yaitu Malu,  bolehlah dilambangkan dengan ibarat berikut.  Katakanlah seorang Raja merayai perkawinan anak lelakinya.  Di waktu petang,  orang muda itu pergi bersama sahabatnya berjalan-jalan  dan tidak lama kemudian kembali ke Istana(sebagimana yang disangkanya dalam keadaan mabuk).   Dia masuk ke sebuah Dewan di mana dian(lilin) sedang menyala.  Ia baring.   Disangkanya ia baring dekat isterinya.  Besoknya,  apabila ia sedar semula,  terperanjatlah ia apabila dilihatnya dirinya berada dalam Rumah Mayat orang-orang Majusi.  Tempat baringannya itu ialah usungan mayat itu dan bentuk orang yang disangkakan isterinya itu ialah sebnarnya mayat seorang perempuan tua yang mula hendak busuk dan reput.  Ia pun keluar dari Rumah Mayat itu dengan pakaian ang kotor dan rupa yang comot.  Alangkah malunya ia berjumpa dengan bapanya,  Raja itu bersama dengan pengiring-pengiringnya.  Demikianlah gambaran Malu yang dirasi di akhirat kelak oleh mereka yang di dunia ini Tamak Haloba dan menumpukan seluruh jiwa raga kepada apa yang mereka sangka sebagai keseronokan dan kenikmatan.
Nereka Keruhanian Yang Ketiga  ialah sesal dan putus asa dan gagal mencapai tujuan hidup yang sebenarnya. Manusia dijadikan untuk Mencerminkan Cahaya Makrifat Allah.  Tetapi jika ia kembali ke akhirat dengan jiwanya penuh mabuk dan karat hawa nafsu,  maka gagal lah ia mencapai matlamat atau tujuan hidupnya di dunia ini.   Sesalan atau putus asanya boleh digambarkan demikian.
Katalah seseorang melintasi hutan yang gelap bersama kawan-kawannya.  Di sana sini terlihat kilauan cahaya batu yang berwarna-warni.  Kawannya memungut batu itu dan menasihatnya supaya berbuat demikian juga.  Kawannya berkata,  "Batu ini sangat mahal harganya di tempat yang kita akan pergi sana".  Tetapi beliau mentertawakan mereka dan mengatakan mereka bodoh karena mengharapkan keuntungan yang sia-sia yang belum tentu lagi.  Dia pun terus berjalan.  Akhirnya mereka pun keluarlah dari hutan  yang gelap itu setelah berjalan beberapa lama.  Mereka dapati batu itu sebenarnya batu Delima,  Intan Berlian dan sangat bernilai dan berharga.  Alangkah sesal dan putus asanya ia karena tidak mahu mengutip batu-batu itu dahulu.  Begitulah ibaratnya orang yang sesal di kahirat kelak karena semasa mereka hidup di dunia ini mereka lalai dan tidak berusaha untuk mendapatkan intan permata   kebajikan dan perbendaharaan agama.
Perjalanan Insan melalui dunia ini bolehlah di-bahagi-bahagikan kepada empat peringkat;
  • Peringkat Nafsu;
  • Peringkat Percubaan;
  • Peringkat Naluri dan
  • Peringkat Berakal.

Dalam Peringkat Pertama,  manusia itu adalah ibarat kelkatu.   Meskipun ia ada penglihatan,  tetapi tidak ada ingatan. Ia terus membakar   dirinya berkali-kali ke dalam api lampu yang sama itu juga.
Dalam Peringkat Kedua, ia adalah ibarat anjing , apabila dipukul sekali akan lari apabila melihat kayu selepas itu.
Dalam Peringkat Ketiga,   manusia itu ibarat kuda  atau biri-biri.  Kedua-duanya akan lari secara naluri,  apabila melihat singa atau serigala;  karena haiwan itu adalah musuhnya semula jadi.  Tetapi meeka tidak lari apabila melihat unta atau lembu,  meskipun binatang-binatang itu lebih besar dari badannya.
Dalam Peringkat Keempat, manusia itu melampaui perbatasan binatang dan boleh sedikit sebanyak melihat ke hari muka dan bersedia untuk hari yang akan datang.
Pergerakannya mula-mula bolehlah diumpamakan seperti berjalan di atas tanah,   kemudian mengembara atas lautan dalam kapal,  kemudian ia mengenal hakikat-hakikat hingga dapat berjalan di atas air lait.  Di atas peringkat itu ada satu taraf lagi yang diketahui oleh Ambiya dan Aulia Allah;  kemajuan mereka diibaratkan sebagai burung terbang.
Oleh yang demikian,  manusia dapat wujud dalam beberapa peringkat dari binatang hingga ke Malaikat.  Di sini juga terletak bahayanya,  yaitu mungkin terjatuh ke taraf yang paling bawah dan rendah.  Dalam Al-Qur'an ada termaktub,
"Kami jadikan beban itu(yaitu tanggungjawab atau kebebasan memilih) kepada langit dan bumi dan gunung-ganang,   mereka itu enggan menerimanya,  tetapi manusia menerimanya.  Sesungguhnya manusia itu zholim".  (Al-ahzab:72)
Binatang dan Malaikat tidak dapat menukar peringkat atau pangkat yang ditetapkan kepada mereka,  tetapi manusia boleh turun ke tempat atau peringkat yang paling bawah,   atau pun naik ke peringkat Malaikat. Inilah maksud "beban" yang dimaksudkan itu. Kebanyakan manusia memilih tempat dalam dua peringkat yang bawah seperti tersebut dahulu.  Tempat yang tetap selalunya tidak disukai oleh orang yang mengembara.
Kebanyakan mereka dalam peringkat atau kelas yang bawah itu karena tidak ada kepercayaan yang penuh dan tetap tentang hari Akhirat itu.  Kata mereka,  Neraka itu adalah rekaan orang-orang Agama sahaja untuk menakut-nakutkan orang ramai,  dan mereka pandang hina terhadap orang-orang Agama.  Untuk bertengkar dengan mereka ini tidaklah berguna.  Cukuplah bertanya kepada mereka demikian untuk membuat mereka merenung sebentarnya;
"Adakah kamu anggap 124, 000 orang Nabi dan juga Aulia Allah itu semuanya percaya dengan Hari Akhirat itu semuanya salah dan kamu itu sahaja yang betul?".
Jika ia menjawab,  "Ya,  saya percaya sebagaimana percaya saya dua itu lebih dari satu.  Saya penuh yakin tidak ada Ruh dan tidak ada bahagia dan hidup sengsara di Hari Akhirat".
Maka orang seperti itu tidak ada harapan lagi.  Biarkanlah mereka di situ.   Kenanglah nasihat Al-Qur'an;
"Meskipun kamu ajak mereka ke jalan yang benar,  namun mereka tidak akan menerimanya"  (Al-Kahfi:57)
Tetapi sekiranya orang itu berkata bahwa hidup di Akhirat itu adalah satu kemungkinan tetapi doktrin(kepercayaan) itu penuh dengan keraguan dan kesulitan.  Maka tidaklah mungkin untuk membuat keputusan sama ada perkara itu betul atau tidak.  Maka bolehlah dikatakan kepadanya;
"Lebih baik kamu fikirkan.  Kalau kamu lapar hendak makan dan tiba-tiba ada orang berkata kepadamu dalam makanan itu ada racun yang diludahkan oleh seekor ular yang bisa.  Kamu mungkin enggan memakan makanan itu dan kamu rasa lebih baik tahankan sahaja lapar itu,   meskipun orang yang berkata itu mungkin berbohong atau melawak sahaja".
Atau pun katalah kamu sedang sakit dan seorang pembuat Azimat berkata;
"Beri saya RM1.00 dan saya boleh tuliskan satu Azimat untuk kamu gantung pada leher dan Azimat itu akan menyembuhkan sakitmu".
Mungkin kamu memberi orang itu wang untuk membuat Azimat itu dengan harapan mendapat faedah dari Azimat itu.  Atau jika seorang ahli Nujum berkata;
"Apabila bulan masuk ke falak bintang yang tertentu,  minumlah sekian-sekian ubat,  maka sembuhlah kamu".
Meskipun tidak percaya dengan Ilmu Nujum,  namun kamu mungkin mencubanya dengan harapan supaya disembuhkan.  Tidakkah kamu terfikir bahwa adalah lebih baik bergantung kepada cakap-cakap Ambiya',   Auliya' dan orang-orang Sholeh itu tentang Hari Akhirat itu lebih baik daripada percaya akepada penulis Azimat atau Ahli Nujum? Ada orang yang belayar dalam kapal merempuh lautan yang penuh ombak gelombang yang menelan manusia semata-mata dengan tujuan untuk mendapat keuntungan yang sedikit,  kenapa pula kamu tidak kamu berkorban sedikit pun di dunia ini karena untuk kebahgiaan yang abadi di Akhirat kelak?
Pernah Sayyidina Ali berkata kepada seorang Kafir;  "Jika pendapat kamu betul,  kedua kita akan teruklah di Akhirat kelak,  tetapi jika kami betul,  maka terlepaslah kami dan kamulah yang akan menderita". Beliau berkata demikian bukan karena beliau ragu-ragu,   tetapi semata-mata untuk menyedarkan orang Kafir itu.
Dari apa yang kita baca di atas itu,  maka tahulah kita bahwa tugas utama hidup manusia di dunia ini ialah untuk membuat persediaan bagi Akhirat.   Walaupun seorang itu ragu dan waham tentang hidup di Akhirat itu,  Akal mencadangkan supaya orang itu bertindak seolah-olah ianya ada,  memandangkan perkara-perkara besar yang akan ditempuh kelak.  Selamat sejahteralah mereka yang menurut ajaran Allah dan RasulNya.

PEMBUKAAN HATI KE ALAM GHAIB


Pembukaan pintu hati  ke Alam Ghaib ini berlaku juga dalam kondisi-kondisi yang dekat  Wahyu Kenabian,  di mana Intuisi atau Wahyu atau Ilham terbit dalam fikiran tanpa di bawa melalui saluran-saluran indera(pancaindera) sebagaimana seseorang itu menyucikan dirinya dari pengaruh nafsu kebendaan dan menumpukan(konsentrasi) fikirannya kepada Allah.  Maka semakin bertambah teranglah kesadarannya pada Intuisi atau Ilham yang seperti itu.  Mereka yang tidak tahu   tentang perkara ini tidak berhak menafikan hakikat tersebut.
Intuisi(Ilham) ini bukanlah terbatas bagi mereka Kenabian saja.  Ibarat besi,   jika selalu digosok  dan digilap akan menjadi berkilat seperti cermin.   Begitu juga jiwa dan fikiran yang diasuh dengan disiplin sedemikian rupa akan dapat menerima informasi dari Alam Ghaib itu.  Sebab itulah Nabi Muhammad SAW. ada bersabda;
"Tiap-tiap kanak-kanak itu dilahirkan dalam keadaan Islam(fitrah),  maka kemudian ibu-bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi"
Tiap-tiap manusia dalam kesadaran batinnya yang dalam itu pernah  mendengar pertanyaan;
Bukankah aku ini Tuhanmu?"    dan mereka menjawab; "Ya",   sebenarnya" tetapi sesetengah hati adalah ibarat cermin yang penuh debu dan berkarat sehingga tidak memberi bayangan apa-apa di dalamnya.   Tetapi hati Ambiya dan Aulia meskipun mereka itu manusia biasa yang mempunyai perasaan seperti kita,  mereka sangat senang dan cepat menerima semua gambaran atau Ilham Ketuhanan Yang Maha Tinggi itu.
Bukanlah karena Ilmu yang didapati dari Ilham atau Wahyu atau Intuisi itu saja yang menyebabkan Ruh manusia itu dapat menduduki martabat pertama atau paling tinggi di kalangan makhluk,  tetapi juga oleh karena kekuasaannya(Ruh).  Sebagaimana Malaikat-malaikat menguasai atau memerintah unsur-unsur,  maka begitu jugalah Ruh itu.  Ia memerintah anggota-anggota badan.  Ruh-ruh yang mencapai peringkat kekuasaan yang khusus  bukan saja memerintah badan mereka sendiri tetapi juga badan-badan yang lain.  Jika mereka menginginkan orang sakit supaya sembuh,  maka sembuhlah ia,  atau orang yang sehat bisa disakitinya;   atau jika mereka inginkan seseorang supaya datang kepada mereka,  maka datanglah orang itu. Oleh karena kerja-kerja Ruh yang kuat ada dua macam;   yaitu baik dan jahat,  maka perbuatan mereka itu pun dibagikan dua macam juga yaitu Mukjizat dan yang lagi satu Sihir.
Ruh-ruh yang kuat ini berbeda dari Ruh-ruh orang biasa dalam tiga perkara:
1.  Apa yang orang lain dapat lihat secara mimpi dalam tidur,  mereka lihat dalam jaga.
2.  Orang lain hanya dapat menguasai badan mereka sendiri saja.  Mereka ini dapat menguasai badan-badan selain  diri mereka juga.
3.  Orang lain mendapat Ilmu dengan belajar dan mengkaji bersungguh-sungguh.   Mereka ini mendapat Ilmu itu secara Ilham atau Wahyu.
Bukanlah ini saja tanda yang membedakan mereka dari orang biasa.  Ada lagi yang lain.  Tetapi itulah saja yang kita ketahui.  Sebagaimana juga kita ketahui yaitu Allah itu saja yang mengenal  DiriNya Yang Sebenar-benarNya,  begitu jugalah  hanya Nabi-nabi itu juga yang mengenal Hakikat Kenabian itu sebenarnya.   Ini tidaklah mengherankan.  Sedangkan dalam kehidupan sehari-harian ini pun kita  mengalami kesulitan untuk menerangkan keindahan sesuatu Syair atau Puisi kepada orang yang tidak tahu dan tidak faham tentang Syair dan Puisi;  atau keindahan warna pada orang buta.
Di samping ketidakmampuan,  ada hal lain  lagi yang menghalang seseorang itu mencapai Hakikat Keruhanian.  Satu daripadanya ialah Ilmu yang diperolehi dari luar.  Sebagai ibarat,  hati itu adalah sebuah telaga,   dan lima indera ialah lima batang pipa air yang sentiasa mengalirkan air ke telaga itu.  Untuk mengetahui isi telaga itu sebenarnya,  pipa air itu hendaklah dihentikan mengalir ke dalam telaga itu untuk sementara waktu,  dan sampah-sampah   yang di bawa oleh pipa air itu hendaklah dibuang dari telaga itu.  Demikianlah ibaratnya.
Sekiranya kita hendak mencapai Hakikat Keruhanian yang suci itu,  maka kita hendaklah sementara waktu menepikan Ilmu yang diperolehi dari proses luar (yaitu yang datang dari luar seperti belajar,  membaca dan sebagainya) di mana biasanya telah menjadi beku dan keras dan bersifat Prasangka  (Doqmatic Prejudice).
Di samping itu ada pula satu kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang pendek IlmuNya,  yaitu setelah mereka mendengar percakapan orang-orang Sufi,  mereka pun merendah-rendahkan taraf ilmu.  Ini adalah ibarat seorang yang bukan ahli dalam bidang Ilmu Kimia mengatakan, "Kimia itu lebih baik dari emas!",   dan ia enggan menerima apabila emas diberikan kepadanya.  Kimia lebih baik dari emas,  tetapi ahli-ahli Kimia yang sebenar-benar pakar sangat sedikit bilangannya.  Begitu jugalah ahli-ahli Sufi yang pakar sebenarnya amat sedikit bilangannya.
Orang yang hanya tahu sedikit saja berkenaan Kesufian adalah tidak lebih tinggi martabatnya dari orang-orang yang berpengetahuan.  Begitu juga orang yang baru mencoba beberapa percobaan dalam bidang Kimia,  janganlah hendak merendah-rendahkan orang yang kaya.
Orang-orang yang melihat berkenaan hal ini tentu akan melihat betapa kebahagian itu adalah sebenarnya berkaitan dengan Mengenal Allah Subhanahuwa Taala.   Tiap-tiap anggota kita ini suka dan tertarik dengan  apa yang sebenarnya ia dijadikan.  Misalnya hawa nafsu suka dengan apa yang dikehendakinya;    marah suka dengan membalas dendam;  mata suka dengan benda yang indah;   telinga suka mendengar muzik yang merdu dan sebagainya.  Fungsi(tugas)   Ruh manusia yang paling tinggi ialah Menyaksi atau Melihat Hakikat,  dan di sanalah ia mendapat ketertarikan dan kesukaannya.  Seorang itu amat gembira diberi jabatan Perdana Menteri,  tetapi kegembiraan itu akan bertambah jika Raja berkawan baik dengannya dan menceritakan kepadanya rahsia-rahasia negeri.
Ahli Ilmu Falak(Astronom) dengan ilmunya dapat membuat peta-peta bintang dan perjalanan falaknya,  akan merasai lebih tertarik pada ilmunya itu daripada pemain catur dengan ilmunya.  Tidak ada yang lebih tinggi dari Allah Subhanahuwa Taala.   Alangkah besarnya ketertarikan dan kebahagiaan yang didapati oleh seseorang itu hasil dari Makrifat Allah.
Barangsiapa yang sudah hilang kemauan untuk mencapai Ilmu yang sedemikian tinggi itu,   maka orang itu adalah ibarat orang yang habis seleranya untuk memakan makanan yang baik-baik;  atau pun seperti orang yang lebih suka memakan tanah daripada memakan roti.  Semua selera badan kasar ini hilang  apabila mati (bercerai nyawa dengan badan).  Selera itu mati bersama badan kasar itu.  Tetapi Ruh tidak mati dan ia tetap membawa apa juga Ilmu tentang Ketuhanan yang ada padanya,  bahkan menambahkan Ilmu itu lagi.
Sebagian hal penting berkenaan Ilmu kita tentang Allah adalah timbul dari kajian dan pemikiran kita tentang badan kita sendiri,  yang membukakan kepada kita kekuatan,   kebijaksanaan dan Cinta Tuhan Yang Menjadikan segalanya.  KekuasaanNya menunjukkan betapa setitik air djadikan kita  seorang manusia yang cukup lengkap.   KebijaksanaanNya ditunjukkan dengan betapa rumit dan sulitnya anggota-anggota kita dan saling persesuaian antara bagian-bagian anggota itu antara satu dengan yang lain.   CintaNya ditunjukkan dengan KurniaNya kepada kita bukan saja anggota-anggota yang paling penting untuk hidup seperti jantung,  hati,  otak,   tetapi juga anggota-anggota yang tidak paling penting seperti tangan,  kaki,  lidah dan mata.   Kemudian ditambah pula dengan perhiasan seperti hitam rambut,  merahnya bibir,   bulu mata yang melentik dan sebagainya.
Maka sewajarnyalah manusia itu diibaratkan sebagai " ALAM KECIL"  dalam dirinya sendiri bentuk dan susunan badan itu hendak dikaji bukan saja oleh mereka yang hendak jadi doktor tetapi juga hendaklah dikaji oleh mereka yang ingin mencapai MakrifatuLlah, sebagaimana juga mengkaji secara mendalam tentang susunan keindahan bahasa dalam Puisi yang agung akan membukakan kepada kita   kebijaksanaan pengarangnya.
Bahwa Ilmu atau Mengenal Ruh itu memainkan peranan yang lebih penting untuk membawa kepada MakrifatuLlah;  lebih penting dari mengenal badan dan tugas-tugasnya.   Badan ini ibarat kuda tunggangan dan Ruh itu ibarat Penunggangnya.  Badan itu dijadikan untuk Ruh,  dan Ruh itu untuk badan.  Jika seseorang itu tidak tahu dirinya yang mana adalah yang paling dekat dengan Dia,  maka apakah gunanya ia mengenal yang lain?   Ibarat pengemis;  yang dirinya sendiri pun payah hendak makan berkata pula ia akan memberi makan kepada penduduk sebuah kampung.
Dalam bab ini kita akan coba sedikit-sebanyak membicarakan keagungan Ruh manusia. Orang yang tidak peduli kepada jiwa atau RuhNya dan membiarkan Ruh atau jiwa itu berkarat dan gelap,  maka rugilah ia di dunia dan di akhirat juga. Keagungan seseorang manusia itu sebenarnya terletak pada usaha untuk menuju Yang Kekal Abadi.  Jika tidak,  dalam dunia fana ini,  manusia itulah yang paling lemah dari segala makhluk karena tunduk kepada kepada lapar,  dahaga,  panas,   sejuk dan dukacita.
Perkara yang paling disukai biasanya paling bahaya kepadanya,  dan perkara yang memberi faedah hanya dapat diperolehi melalui usaha dan susah payah.   Berkenaan dengan Aqalnya pula,  kesalahan yang sedikit saja pada otak bisa menyebabkan ia gila dan rusak.  Berkenaan kekuasaan pula,  gigitan nyamuk saja telah cukup menyebabkan ia resah gelisah dan tidak dapat tidur.  Berkenaan dengan perasaan pula,  dia rasa dukacita hanya dengan kehilangan beberapa sen uang.   Berkenaan dengan kecantikan pula,  dia tidak lebih dari perkara yang kotor dibalut dengan kulit yang licin lunak.  Tanpa dibasuh selalu,  ia menjadi  tidak menarik lagi.
Pada hakikatnya,  manusia itu dalam dunia ini adalah sangat lemah dan hina.   Hanya di akhirat kelak manusia itu akan bernilai dan berharga.  Maka dengan cara "Kimia Kebahagiaan" dia meningkat naik dari peringkat binatang kepada peringkat Malaikat.  Kalau tidak,  peringkat lebih hina dan rendah dari binatang yang akan hancur dan akan jadi tanah.  Maka perlulah bagi manusia di samping sadar tentang ketinggian martabatnya dari semua makhluk,  sadarlah hendaknya tentang lemah hinanya,  karena itu pun adalah satu  "anak kunci" membuka pintu Mengenal Allah (MakrifatuLlah).