Alkohol merupakan perosak masyarakat sejak zaman berzaman. Alkohol berterusan mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak terkira serta menyebabkan kesengsaraan kepada jutaan manusia di seluruh dunia. Alkohol merupakan punca pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat. Statistik kadar jenayah yang meninggi, pertambahan kes penyakit mental dan keruntuhan institusi keluarga di serata dunia menjadi testimoni bisu kepada kuasa
perosak alkohol.
1. Pengharaman alkohol di dalam Al-Quran.
Kitab suci Al-Quran melarang pengambilan alkohol di dalam ayat berikut: “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” (Al-Maidah 5:90)
2. Alkohol menyekat pusat kawalan.
Manusia memiliki pusat kawalan di otak. Pusat kawalan itu melarang seseorang daripada melakukan perbuatan yang di anggap salah. Contohnya seseorang itu pada kebiasaannya tidak menggunakan bahasa kasar atau kesat ketika berhadapan dengan kedua ibu bapa dan dengan orang yang lebih tua. Jika dia perlu kebilik air, pusat kawalan di otak akan menghalangnya dari
membuang air di tempat terbuka, maka dia akan menggunakan tandas.
Apabila seseorang meminum alkohol , pusat kawalan tersebut menjadi tersekat. Inilah yang mengakibatkan seseorang yang mabuk melakukan perbuatan yang bertentangan sama sekali dengan peribadinya. Contohnya seseorang yang mabuk didapati menggunakan bahasa kesat dan tidak menyedarinya kesilapan itu walaupun sedang berhadapan dengan kedua ibu bapanya.
Ramai yang membuang air kecil di pakaian mereka. Mereka juga tidak boleh berjalan dan bercakap dengan betul. Mereka akan berkelakuan buruk.
3. Kes zina, rogol, sumbang mahram dan AIDS lebih tinggi di kalangan peminum alkohol.
Menurut kajian Biro Keadilan Mangsa Jenayah Kebangsaan (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat) pada tahun 1996 sahaja, purata 2,713 kes rogol berlaku setiap hari. Statistik menunjukkan bahawa kebanyakkan perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut.
4. Hadis melarang alcohol (arak).
Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
1. Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371
“ Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan.”
2. Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392
“Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam
jumlah yang sedikit.” Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk ataupun setitik.
3. Bukan sahaja orang yang meminum arak dilaknat tetapi mereka yang berurusan secara langsung atau tidak langsung dilaknat Allah S. W. T.
Menurut Kitab Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan, bab 30 hadis no. 3380. Diriwayatkan oleh Anas r. a., Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai khamar: Pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.”
Saya harap berdasarkan dalil-dalil ini kita lebih jelas memahaminya.