Penghulu Istighfar

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Syaddad bin Aus, Nabi mengajar sepotong doa. Sesiapa yang membacanya dengan keimanan pada waktu pagi, lalu dia mati pada petangnya, maka dia akan menjadi ahli syurga. Demikian pula bagi yang membacanya dengan keimanan pada waktu petang, lalu meninggal dunia selepas itu maka jadilah dia daripada kalangan ahli syurga:


Maksudnya: "Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu, dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku, Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkau Engkau."
(Riwayat al-Bukhari no. 6306, 6323)

Keterangan dan Petua Beramal

Menurut al-San'ani dalam Subul al-Salam, doa ini dinamakan "sayyid" yang bermaksud penghulu kerana ia menghimpunkan makna yang menyeluruh, serta ekspresi keinsafan iaitu taubat seorang hamba kepada Khaliqnya.
(Subul al-Salam Syarh Bulughul Maram: Bab Zikir dan Doa)

Menerusi ungkapan doa ini, Muslim akan menyebut seikhlas hatinya pengharapan kepada kasih sayagnya agar diberi keampunan daripada dosa yang dilakukan. Al-Imam al-Nawawi dalam al-Azkar meletakkan istighfar ini antara himpunan doa pengharapan yang wajar dibacakan untuk beroleh keampunan.