"kapankah Datangnya Kiamat?" (Petikkan Surah Al-Qiamat)


Ayat 3:
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangannya (dan menghidupkannya semula)?

Ayat 4:
Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya (tulang yang lebih halus dari yang lain).

Ayat 5:
(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang engkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga tidak mengakui adanya hari kiamat).

Ayat 6:
Ia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"

Ayat 7:
Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi berpendar-pendar (kerana gerun takut).

Ayat 8:
Dan bukan hilang cahayanya.

Ayat 9:
Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama.

Ayat 10:
(Maka) pada hari itu berkatalah manusia (yang engkarkan hari kiamat: Ke manakah hendak melarikan diri?)

Ayat 11:
Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!

Ayat 12:
Pada hari itu, kepada Tuhanmulah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.

Ayat 13:
Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.

Ayat 14:
Bahkan manusia itu (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri.

Ayat 15:
Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).