BULAN REJAB: PUASA SUNAT REJAB DAN FADHILATNYA


BULAN REJAB

PUASA SUNAT REJAB DAN FADHILATNYA

Amal ibadat sunat yang paling utama dan amat besar ganjaran pahalanya ialah berpuasa sunat – paling baik jika dapat dikerjakan 30 hari iaitu sepanjang bulan Rejab, sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Menurut maksud hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam , sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Rejab, maka Allah Subhabahu wa Ta’ala menyeru kepadanya “Telah wajib hakmu atas-Ku, mintalah olehmu kepada-Ku. Demi ketinggian dan kebesaran-Ku, tidak akan Aku tolak hajatmu. Engkau adalah jiran-Ku di bawah ‘Arasy-Ku. Engkau kekasih-Ku daripada semua makhluk-Ku. Engkau mulia disisi-Ku. Berbahagialah kamu, tiada hijab diantara Aku dan engkau.” Fadhilat selanjutnya (menurut beberapa Hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam) adalah berikut:

· Berpuasa sunat Rejab 20 hari, diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
· Berpuasa sunat Rejab 19 hari, dibinakan sebuah mahligai di syurga.
· Berpuasa sunat Rejab 16 hari, akan dapat melihat Allah di dalam syurga.
· Berpuasa sunat Rejab 15 hari, diberi pahala seperti berpuasa seratus ribu tahun (menurut Sayyidina ‘Ali).
· Berpuasa sunat Rejab 14 hari, diberi pahala seperti berpuasa sepuluh ribu tahun (menurut Sayyidina ‘Ali).
· Berpuasa sunat Rejab 13 hari, diberi pahala seperti berpuasa tiga ribu tahun (menurut Sayyidina ‘Ali).
· Berpuasa sunat Rejab 10 hari, akan diberi dua sayap (kepak) untuk terbang seperti kilat di atas titian Shirathal-Mustaqim pada Hari Qiamat.
· Berpuasa sunat Rejab 9 hari, akan dapat mengucap ketika keluar dari kubur dan tidak ditolak masuk ke Syurga.
· Berpuasa sunat Rejab 8 hari, akan dibukakan lapan pintu syurga pada Hari Qiamat.
· Berpuasa sunat Rejab 7 hari, akan ditutupkan tujuh pintu neraka pada Hari Qiamat.
· Berpuasa sunat Rejab 6 hari, akan dikeluarkan dari kubur pada Hari Qiamat dengan muka yang bercahaya.
· Berpuasa sunat Rejab 5 hari, akan diamankan daripada azab kubur.
· Berpuasa sunat Rejab 4 hari, akan menjauhi bala bencana dan penyakit yang berat serta fitnah dajjal pada Hari Qiamat.
· Berpuasa sunat Rejab 3 hari, akan dibinakan benteng yang menghalang ke neraka pada Hari Qiamat.
· Berpuasa sunat Rejab 2 hari, akan dipergandakan pahala ibadatnya.
· Berpuasa sunat Rejab sehari, diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun dan diberi minum air syurga dan diberi pahala seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.
Jika puasa sehari itu ditambah dengan ibadat bersedekah maka pahalanya akan ditambah seperti seribu kali ibadat Haji dan Umrah.
· Berpuasa sunat Rejab sehari pada 27 Rejab (hari Israk dan Mi’raj) diberi pahala seperti puasa enam puluh bulan. Jika disertai dengan ibadat bersedekah, diberi pahala seperti berpuasa seribu tahun.
· Pada keseluruhannya, mereka yang berpuasa pada bulan Rejab, akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah imannya bagi baki usianya dan terlepas dari dahaga pada Hari Qiamat.

*Marilah kita sama-sama memperbanyakkan melakukan 'amal-'ibadah di bulan Rejab yang mulia ini.